..::Arghhh::..
Hari nih aku kerja dalam keadaan demam selsema...pening,kejap panas kejap sejuk,rasa nak pitam.Perghhh.....,dugaan betul.Aku dah telan panadol soluble dan rasa mengantuk pulak...;p.Kerja berlambak-lambak nak dibuat.Aku buat tak tau je,hanya mampu bersandar kat kerusi sambil bersin secara macho dan sopan.Boss dah jeling2 manja..ayarkkkk!!!En Amir tanya aku nih kenapa,aku dengan muka toya tahap lima pun jawap "Saya demam boss" sambil tersenyum malu2.Rasa boss ambik berat lak kat aku yg memang sedia berat nih.Perlukah aku ambik MC???Tak payah kot.
Srotttt...srettttttt....srottttt...,hanya bunyi itu je laa yg mampu aku lakukan.Ada ke patut opismate kata aku dah kena birdflu...cehhh.Mintak dijauhkanlah penyakit merbahaya tu dari hinggap kat aku dan seluruh umat manusia.Ermmm...rasa lapar pun ada nih...
Semenjak 10 menjak nih aku rasa happy semacam je.Pasal apa yek??Adakah aku mendapat kenaikkan gaji?Atau mungkin aku akan dapat bonus sebanyak 5 bulan ;p ?Atau aku dapat mc seminggu?Aku rasa itu semua bukanlah jawapannya.Aku ada sebab musabab yang tersendiri untuk berasa happy.Biarlah aku tanggung sendiri...erkkss!!!Eheheehhh...
Sifat dan Perangai Orang Yg Dilahirkan Pada Bulan September
* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
* Sangat cermat, teliti & teratur.
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
* Pendiam tapi pandai bercakap.
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
* Sangat sensitif yang tidak diketahui.
* orang yang banyak berfikir.
* Daya pentaakulan yang baik.
* Otak bijak & mudah belajar.
* Suka mencari maklumat.
* Kawal diri dari terlalu mengkritik.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
* Suka sukan, hiburan & melancong.
* Kurang menunjukkan perasaannya.
* Terluka hatinya sangat lama disimpan.
* Terlalu memilih pasangan.
* Sukakan benda yang luas.
* Bersistematik
Nota:Berikut disenaraikan kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.
Thanks kepada NASH pasal aku ambik benda nih kat blog dia.Bulan birthday aku nih....;p
No comments:
Post a Comment